| |
Burung
Walit Online
Promosi
Hujung Tahun..
Bersempena
dengan hujung tahun 2012 (Year End Sale - YES), kami membuat
tawaran istimewa pakej pembinaan rumah burung walit 1 tingkat
bersaiz (20 x 50 kaki) bermula dari RM 69,800.00 (jaminan
sehingga burung masuk). Terhad kepada beberapa unit sahaja
dan tempahan sah sehingga 31 Disember 2012. Lokasi di kawasan
semenanjung Malaysia sahaja. Sila hubungi Megad (019-2294781)
untuk maklumat lanjut
Lawatan saya ke Jerman baru-baru ini mendapati
kaedah pembinaan bangunan di Jerman agak berbeza dgn Malaysia.
Mereka mempunyai standard yang ketat yang perlu di patuhi.
Pengetahuan teknikal amatlah penting. Pengalaman saya sendiri
semasa membuat kerja2 konsultansi ada syarikat di Malaysia
membayar RM 0.5 Juta untuk mendapatkan khidmat
jurutera Jerman untuk membantu mengeluarkan produk di Malaysia.
Di Jerman atau kesatuan eropah U value atau
kadar kemasukan haba adalah perkara yg penting seblm sebarang
pembinaan boleh di mulakan. Jika kadar U value lebih daripada
yg di cadangkan, bangunan tersebut tidak akan mendapat kelulusan.
Semasa lawatan saya di Jerman saya telah melawat beberapa
syarikat dan ada syarikat yg sudah 100 tahun lebih beroperasi.
Kebanyakan syarikat menggunakan teknik-teknik terbaru dan
terbaik untuk bersaing, dan sesetengah teknik ini telah dipatenkan,
contohnya serbuk kayu (baik untuk tebatan haba) yg tidak terbakar
dan lantai bilik air yg menggunakan kayu yg tidak telap air.
Apa pentingnya
U value??? U value dijadikan ukuran penting
untuk mengawal keselesaan dalaman bangunan tanpa menggunakan
tenaga yg berlebihan. Apa kaitannya
dgn RBW?? Dengan menggunakan kaedah U value
kita dapat mengawal suhu dan kelembapan rumah burung walit
dgn baik. Sudah tentu Tahap Keselesaan dan Kos Pembinaan
RBW menjadi isu yang sangat kritikal utk di bincangkan.
Pihak kami mencadangkan WWCB adalah bahan
yang sesuai untuk pembinaan RBW. Bahan WWCB mampu mengawal
haba dgn baik (walaupun insultek lebih baik) akan tetapi harga
WWCB lebih murah berbanding dengan Insultek. Sila
rujuk carta dibawah untuk perbandinan Insultek, WCB dan sistem
Batu bata. Untuk makluman WCB adalah bahan yang menepati
standard Jerman DIN 1101. Contoh pengiraan lengkap
sila scoll down.

Status Rumah
Burung Walit 1 Tingkat di Kuala Lipis (20 x 60 kaki).
Dalam masa 2 bulan setelah suara dibunyikan
pihak kami telah mendapati 30 ekor lebih burung walit telah
menjadikan RBW yang telah dibina sebagai penempatan baru.
(sila rujuk galeri photo untuk maklumat lanjut). Kepada sesiapa
yang berminat utk membina rumah burung walit bolehlah membuat
lawatan ke rumah burung walit 1 tingkat pihak kami, supaya
pihak anda lebih yakin.
Pihak kami menggunakan teknologi yang berlainan
kerana untuk mendapatkan suasana dalaman yang sesuai untuk
habitat burung walit. Dengan kemampuan jabatan kejuruteraan
syarikat kami, pihak kami telah memilih bahan yang sesuai
yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dengan kadar harga
yang kompetitif untuk RBW anda. Terima kasih
  
Rumah Burung
Walit 2 Tingkat (20 x 50 kaki).
  
  
  
Dalam masa 4 hari sudah ada burung walit
yang masuk ke dalam RBW yang baru di bina di daerah hulu langat.
Kami sempat mengambil video burung walit yg pertama masuk
ke dalam RBW yg baru sahaja beroperasi. Copy dan paste link
dan search
http://youtu.be/Xqttj6mQZn4
Maklumat Penting.
Pihak kami telah menerima
banyak pertanyaan tentang kos pembinaan rumah burung walit.
Memandangkan ada dikalangan pemanggil yang sangat berminat
untuk menceburi industri burung walit tetapi kekurangan modal,
pihak kami akan berusaha untuk merealisasikan hasrat anda.
Dengan mengubah rekabentuk, keluasan dan bahan binaan pihak
kami akan cuba membantu anda dangan budget yang sesuai. Sila
hubungi En. Megad 019 2294781 untuk maklumat
lanjut.
Faktor Utama
Kejayaan RBW - Sedikit maklumat utk di kongsi bersama
Antara Faktor utama kejayaan rumah burung
walit ialah Keadaan Suasana Dalaman Yang Sesuai
dan Tiada Ganguan Dari Persekitaran. Antara
elemen yang penting ialah SUHU yang sesuai. Ada beberapa kaedah
yang boleh digunakan untuk mengawal suhu contohnya menggunakan
bahan penebat haba. Gambar di bawah adalah contoh penebat
haba yang boleh digunakan untuk mengawal suhu RBW. Yang mane
lebih sesuai?? Ia bergantung kepada nilai U (W/m2 K) dan harga.
Lebih rendah nilai U adalah lebih baik, dan harga lebih mahal
sedikit.
Sebagai contoh perbandingan diantara Teknologi
Insultek, WWCB dan Bata.
Formulanya ialah Q(haba panas yg masuk) =
Luas (meter persegi) x U (W/m2.K) x Suhu luar - suhu dalam
(C)
Luas Dinding Bangunan (2 Tingkat - 20 kaki/6.096
meter x 50 kaki/15.24 meter. Luas dinding = 92.9 meter persegi.
U value Insultek = 0.3657, U value
untuk WWCB = 0.8207, U value untuk Bata = 3.891
Jumlah haba
panas yang masuk
Insultek Q = 92.9 x
0.3657 x (35C suhu luar - 25C - suhu ideal RBW =
10) = 339 Watt (jumlah haba
panas yg nasuk ke RBW)
WWCB Q = 92.9 x
0.8207 x (35C suhu luar - 25C - suhu ideal RBW =
10) = 762.4Watt (jumlah haba
panas yg nasuk ke RBW)
Bata Q = 92.9 x 3.891
x (35 - 25 - suhu ideal RBW = 10) = 3,615 Watt (jumlah
haba panas yg nasuk ke RBW) perbezaan yg jelas
Ini menunjukkan bahawa bahan binaan RBW adalah
penting untuk mengawal sudu dalaman RBW. Anda juga dapat melihat
sesetengah RBW memasang Air Cond untuk mengawal suhu RBW,
tetapi ia adalah mahal untuk jangkamasa yang panjang, masaalah
maintenance dan humidity. Yang terbaik ialah dgn menggunakan
bahan penebat haba yang baik, dan ia tidak memerlukan tenaga
elektrik..
  
  
Burung Walit merupakan satu industri yang
baru di Malaysia dan ia adalah industri jutaan ringgit nilainya.
Ternakan burung walit ataupun Swiflet Farming merupakan salah
satu bidang yang di beri penekanan oleh kerajaan didalam ETP.
Burung Walit merupakan sejenis burung layang-layang ataupun
dikenali juga sebagai Aerodramus Fuciphagus. Dengan pelaburan
yang kompetitif pengusaha mampu meraih pendapatan bulanan
mencecah sekitar RM 15,000 hingga RM 20,000 sebulan dengan
setingkat Rumah Burung Walit (RBW).
Khasiatnya sarangya burung walit sudah menjadi
pengetahuan umum sejak berkurun lama. Sarang burung walit
dihasilkan dari air liurnya melalui kelenjar liur yang terletak
dibawah lidahnya. Dengan permintaan global yang tinggi terhadap
saranganya . Tambahan lagi hanya negara asia tenggara sahaja
yang lokasinya sesuai untuk penternakan burung walit maka
seharusnya peluang ini diambil secara agresif oleh penduduk
Malaysia.
Dengan sokongan dari
pihak kerajaan untuk menjadikannya salah satu sebagai sektor
utama dalam program ETP, maka seharusnya kita menyahut cabaran
ini untuk menjadi salah seorang pengusaha Rumah Burung Walit...
SELAMAT BERJAYA..
|
Berita
terkini walit online |
 |
7/8,
2011 membaik pulih rumah burung walit.
6/8, 2011 membuat ujian suara memanggil
burung walit. 7/8 membuat penyelenggaraan
rumah burung walit.
|
|
Kenapa
Burung Walit? |
 |
Sarang
Burung Walit mempunyai permintaan yang
tinggi dimana masih terdapat 70% permintaan
dunia masih belum dapat dipenuhi.
|
|
Kos pembinaan
rumah burung Walit? |
 |
Pihak
kami menawarkan harga yang kompetitif
untuk pembinaan rumah burung Walit. Rumah
Burung Walit.....
|
|
Teknologi
Rumah Burung Walit |
 |
Secara
asasnya Rumah Burung Walit mestilah sesuai
untuk dihuni oleh burung walit. Burung Walit..
|
|
Perkhidmatan
Kami |
 |
Pihak
kami menawarkan harga yang kompetitif
untuk pembinaan rumah burung Walit.
|
|
|
Hubungi
Kami |
 |
Kepada
sesiapa yang berminat untuk memiliki Rumah
Burung Walit bolehlah terus menghubungi
kami di talian ......
|
|
Gelari
Photo Rumah Burung Waliti |
 |
Ini
adalah projek rumah burung kami. Dibina
pada pertengahan tahun 2009 dan telah mengeluarkan
hasil.
|
|
Peluang
Pekerjaan dlm industri walit |
 |
Pihak
kami membuka peluang pekerjaan kepada mana-mana
individu yg berminat dgn industri burung
walit. Sila hubunngi...
|
|
Siapa
Kami |
 |
Pihak
telah berkecimpung dlm perniagaan sejak
2007. Bermula detik itu pihak kami telah...
|
|
Follow
Kami di walit online |

|
 |
|
|
Berita
Mengenai Industri Burung Walit
Status Rumah Burung Walit 1 Tingkat di Kuala Lipis
TRAJAYA:
K
Tindakan
guna nama Kementerian Pertanian serius
2011/08/16
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memandang
serius tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama kementerian berkenaan
untuk memasarkan produk sarang burung walit di luar negara.
Menterinya,
Datuk Seri Noh Omar, berkata setakat ini, pihaknya tidak pernah memberikan
sebarang kebenaran kepada mana-mana individu atau syarikat untuk menyampaikan
apa-apa penerangan atau bercakap mengenai produk sarang burung walit
negara yang diiktiraf terbaik di dunia.
"Mereka yang terbabit dalam industri ini (sarang burung walit),
mereka faham masalah yang sedang kita hadapi, sebab itu mungkin ada
di antara mereka cuba memberi penerangan secara sukarela kepada pihak
tertentu di China.
"Tetapi kita tidak suruh kerana kementerian sendiri ada perancangan
disebabkan banyak berlaku sarang burung walit itu dijual secara diam-diam,"
katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU)
bidang latihan pertanian di Wisma Tani di sini, hari ini.
Noh diminta
mengulas mengenai laporan berita agensi asing bahawa terdapat pihak
tertentu yang menggunakan nama kementerian berkenaan untuk memasarkan
produk sarang burung walit dari Malaysia di China.
Mengulas
lanjut, Noh berkata, beliau sendiri akan mengadakan lawatan ke Shanghai,
China dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dengan kerajaan negara
itu tentang produk sarang burung walit itu.
Selain
bagi memastikan hanya produk sarang burung walit yang benar-benar
diiktiraf sahaja dieksport ke negara berkenaan, Noh berkata beliau
sendiri memberikan penekanan terhadap perkara itu kerana Indeks Petunjuk
Prestasi (KPI) beliau menurun disebabkan beberapa masalah berhubung
produk terbabit.
Mengikut prosedur, beliau berkata, sarang burung walit yang hendak
dijual atau dieksport perlulah datang dari kilang yang mempunyai sijil
VHM (Veterinary Health Mark).
"Tetapi apa yang berlaku sekarang, ada di antara sarang burung
walit ini dijual terus ke Hong Kong atau China tanpa mempunyai sijil
VHM. Jadi, saya akan minta China supaya jangan membeli produk ini
jika tiada sijil tersebut," katanya.
Noh berkata,
beliau juga akan meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan wakil
kedutaan Malaysia di Shanghai untuk mendapatkan laporan berhubung
perkara terbabit.
Sarang
burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup
sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang
individu.
Produk Sarang Burung Walit
Tempatan Selamat Dimakan, Kata Liow
05 Ogos, 2011 19:08 PM
SUNGAI PETANI, 5 Ogos (Bernama) --
Kementerian Kesihatan memberi jaminan produk sarang burung walit keluaran
tempatan adalah selamat dimakan.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sarang burung walit yang
dihasilkan di negara ini diperakui berkualiti dan mengandungi khasiat
secara semulajadi.
"Produk sarang burung walit yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan
mengandungi khasiat semulajadi dan kandungan nitrat di bawah paras
30 bahagian per juta [ppm)," katanya kepada pemberita pada konvensyen
MCA Kedah di sini, Jumaat.
Beliau berkata paras nitrat tersebut dianggap sesuai dan tidak membahayakan
kerana piawaian antarabangsa menetapkan kandungan nitrat dalam makanan
harus berada di bawah 300 ppm.
Liow mengulas kekeliruan orang ramai mengenai dakwaan produk sarang
burung walit yang dihasilkan di negara ini tidak selamat dimakan kerana
mengandungi bahan kimia berbahaya.
Kekeliruan itu timbul selepas kerajaan China baru-baru ini mengumumkan
produk burung walit dari Malaysia mengandungi nitrat yang tinggi dan
boleh mengancam kesihatan.
Liow berkata kementerian dalam proses menyediakan garis panduan lengkap
kepada pengeluar sarang burung walit serta menetapkan peraturan supaya
memaparkan kandungan nutrien dan bahan-bahan yang digunakan pada label
produk mereka.
Katanya kementerian akan membuat penjelasan kepada pengimport di China
tentang standard dan kualiti produk sarang burung walit Malaysia.
"Tindakan ini penting agar pengguna yakin dengan produk kita
selain pasaran eksport sarang burung walit Malaysia yang menyumbang
pendapatan tinggi kepada negara tidak terjejas," tambahnya.
Menteri itu turut menasihat orang ramai supaya berhati-hati dengan
produk sarang burung import jenama 'Blood Nest' tiruan yang dikhuatiri
mengandungi bahan kimia campuran yang mengancam kesihatan.
Katanya cara membezakannya ialah produk tiruan berwarna merah seragam
dan menghasilkan bau amonia manakala produk asli terdapat tompok kemerahan.
Rumah
burung walit tempat seleweng diesel
ARKIB
: 12/08/2011
BUKIT MERTAJAM 11 Ogos - Berselindung di sebalik rumah burung walit,
satu sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bergerak aktif di Ladang
Juru di sini sejak beberapa bulan lalu.
Namun, kegiatan yang beroperasi di belakang sebuah premis syarikat
pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari Juru Heights
itu berjaya dihidu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Seberang Perai Tengah (SPT).
Ketua
Cawangannya, Mohd. Zainal Yeop Dahari berkata, bertindak atas maklumat
orang awam, seramai lima anggota penguat kuasa diketuai Penolong Pegawai
Penguat Kuasa Shahrudin Sharif menyerbu lokasi itu kira-kira pukul
11 pagi semalam.
Menurutnya,
ketika serbuan mereka hanya memeriksa dua lori tangki dan enam tangki
berisi diesel di belakang syarikat pembinaan terbabit sebelum menemui
sebuah lagi pintu yang tertutup menghala ke rumah burung walit itu.
"Anggota
saya yang memeriksa ke dalam premis menemui 12 lagi tangki simpanan
yang memuatkan kira-kira 100,000 liter diesel dengan 40,000 liter
daripadanya adalah diesel subsidi.
"Pekerja premis itu dipercayai sempat melarikan diri melalui
sebuah pintu yang menghala ke hutan di bahagian belakang," katanya
kepada pemberita di sini semalam.
Burung
walit tawar pulangan lumayan?
ARKIB
: 19/07/2011
KUALA TERENGGANU 18 Julai - Perusahaan burung walit dijangka menyumbang
kira-kira RM4 bilion hingga RM5 bilion daripada RM523 bilion anggaran
Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang tahun 2020 ini.
Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV), Dr. Kamaruddin Md. Isa berkata, jangkaan itu dibuat
berdasarkan sambutan yang kian meluas.
Katanya,
ia menjadi tarikan kerana harga bagi satu kilogram sarang burung itu
mampu mencecah RM5,000 jika dinilai berdasarkan gred, saiz dan ketulenannya.
"Jika dieksport ke negara China pula, harganya dipercayai boleh
meningkat sehingga empat kali ganda kerana permintaan di sana sangat
tinggi," katanya.
Beliau
menyatakan demikian ketika ditemui pemberita semasa Persidangan dan
Latihan Pengurusan Ladang Walit Antarabangsa (Icotos) di Taman Tamadun
Islam (TTI) di sini semalam.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA), Datuk Zolkipli Abdul; Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Alias
Daud serta Pengerusi Jawatankuasa yang juga Dekan Fakulti Pertanian
dan Bioteknologi UniSZA, Prof. Dr. Mat Zakaria.
Seminar
selama tiga hari yang bermula semalam itu disertai oleh hampir 200
peserta yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha burung walit dari
dalam dan luar negara.
Selain
Malaysia, negara lain yang turut serta dalam program anjuran UniSZA
itu ialah Indonesia dan India.
Dalam pada itu, Dr. Kamaruddin berkata, sehingga kini, belum ada bukti
kukuh yang mengatakan bahawa perusahaan burung walit boleh menjejaskan
tahap kesihatan manusia.
"Berdasarkan kajian yang kita buat, burung walit tidak mendatangkan
apa-apa masalah kesihatan kepada pengusahanya, sebaliknya memberi
manfaat kepada mereka," ujar beliau.
Dalam
perkembangan berkaitan, beliau menambah, perusahaan burung walit tidak
sukar untuk diusahakan kerana ia banyak bergantung kepada lokasi penempatan
burung berkenaan.
"Jika lokasi yang dipilih sesuai termasuk berdekatan dengan sumber
makanan mereka, maka perusahaan ini tidak akan memakan masa yang panjang,"
jelasnya lagi.
RM108 juta untuk bantu pengusaha
burung walit
2011/03/01
TEMERLOH: Kerajaan memperuntukkan
sebanyak RM108 juta bagi skim pinjaman dan bantuan kepada pengusaha
burung walit untuk tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata
daripada jumlah itu, sebanyak RM68 juta disediakan melalui Skim Pinjaman
Mikro Kredit Agro Bank kerana industri berkenaan dilihat memberi pulangan
yang besar. Selain itu, katanya RM40 juta lagi disalurkan menerusi
bantuan kepada keluarga miskin melalui Program Meningkatkan Pendapatan
Azam Tani yang berdaftar melalui e-kasih.
"Melalui bantuan e-kasih, keluarga
miskin yang mengusahakan ternakan burung walit itu akan diberi bantuan
RM10,000 tiap seorang bagi membina bangunan," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan kursus asas ternakan burung walit anjuran
Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Dewan Sekolah Intergrasi Kerdau
di sini, hari ini.
Noh berkata, tahun lalu sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.8
juta di bawah skim bantuan e-kasih itu dengan setiap seorang diberi
RM10,000 dan berkelompok sebanyak RM35,000.
"Setakat ini terdapat seramai 6,480 pengusaha burung walit di
seluruh negara," katanya.
Beliau berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 200 tan metrik sarang
burung walit untuk eksport dengan pulangan bernilai lebih RM1 bilion.
"Tahun lalu sebanyak RM1 bilion diperoleh hasil daripada eksport
sarang burung walit, ternakan burung walit menjanjikan pendapatan
yang lumayan kerana ia mempunyai banyak permintaan dalam dan di luar
negara," katanya. – BERNAM
Akta
baru berkaitan burung walit
28/06/2011 3:26pm
KOTA BAHARU – Akta baru yang memansuhkan burung walit sebagai haiwan
yang dilindungi dilihat memberi peluang kepada pengusaha sarang burung
itu untuk turut menyumbang kepada ekonomi negara.
“Keputusan kerajaan memansuhkan burung walit daripada tertakluk di
bawah Akta Hidupan Liar dan Taman Negara sejak 28 Disember tahun lepas
memberi peluang cerah kepada pengusaha memperluaskan perniagaan mereka,”
kata Penolong Pengarah Kanan Aneka Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Dr Fadzilah A’ini Abd Kadir.
Beliau berkata, kajian yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri mendapati aktiviti ternakan sarang burung walit mampu
menyumbang US$1.45 bilion kepada negara menjelang 2020.
Dr Fadzilah A’ini berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 50,000
rumah burung berdaftar di seluruh negara dan ini tidak termasuk banyak
lagi yang belum mendaftar secara sah dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Mengenai perusahaan sarang burung walit di Kelantan, katanya antara
tiga hingga lima tan metrik sarang burung dieksport ke luar negara
terutama ke China dengan kadar purata harga antara RM3,000 hingga
RM5,000 sekilogram. – Bernama
Pengusaha burung walit bantah
kerajaan negeri
08/04/2011
9:57pm
GEORGETOWN 8 April – Lebih 300 pengusaha burung walit hari ini mengadakan
perhimpunan membantah tindakan kerajaan negeri yang melarang penternakan
haiwan itu di Tapak Warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Perhimpunan hampir dua jam mulai kira-kira pukul 2.30 petang itu sarat
dengan kecaman para pengusaha industri berkenaan terhadap kepimpinan
Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan bersikap berat sebelah
dalam menguatkuasakan larangan tersebut pada 1 Januari lalu.
Mereka mendakwa, tiada sebarang notis pemindahan mahupun kompaun diterima
daripada pihak berkuasa sejak 50 tahun lalu tetapi keadaan mula berubah
sebaik sahaja kerajaan negeri beralih kepimpinan.
Salah seorang pengusaha burung walit, S.T Tan, 40, memberitahu, tindakan
sekumpulan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
merobohkan struktur bangunan itu kelmarin umpama merampas rezeki mereka.
Menurutnya, Kerajaan Pusat komited untuk mengembangkan industri burung
walit sebagai cabang perniagaan strategik negara tetapi kerajaan negeri
pula seolah-olah cuba mematikan industri tersebut.
``Pengusaha burung walit menyumbangkan pendapatan kepada negara dengan
membawa pelabur asing tetapi kerajaan pakatan pembangkang cuba memusnahkan
industri yang sangat berpotensi ini.
``Kami berusaha bertahun-tahun untuk memelihara burung walit tetapi
dengan sekelip mata kerajaan zalim ini memaksa kami merobohkan sumber
rezeki kami,'' katanya yang ditemui selepas perhimpunan tersebut.
Tan berkata, walaupun sering melaung-laungkan prinsip keadilan, kerajaan
negeri tidak sepatutnya hanya bersikap adil kepada satu pihak tetapi
zalim kepada pihak yang lain.
Berkuat kuasa 1 Januari lalu, kerajaan negeri mengarahkan pengusaha
burung walit yang tidak berdaftar perlu berpindah dari kawasan Tapak
Warisan atau berhadapan tindakan undang-undang. - Utusan
Utara:
Pengusaha burung walet beli bangunan baru
2010/09/15
TELUK INTAN: Ramai kalangan pengusaha sarang burung layang-layang
atau walit di daerah Hilir Perak sanggup menyewa atau membeli bangunan
baru dengan harga mahal semata-mata untuk dijadikan premis bagi haiwan
berkenaan membuat sarang.
Hampir semua bangunan rumah kediaman atau premis rumah kedai yang
baru dibina menjadi rebutan di kalangan penternak terbabit, berikutan
harga sarang burung layang-layang sangat tinggi di pasaran antarabangsa.
Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Hilir Perak, Goh Ah Seng,
berkata pasaran sarang burung Walit melonjak naik apabila Kerajaan
Pusat menetapkan garis panduan perniagaan itu serta mengiktirafnya
sebagai pelaburan yang berpotensi. "Kawasan yang banyak burung
Walit bersarang dianggap sebagai lokasi panas dan menjadi tumpuan
utama pengusaha untuk menyewa atau membeli premis baru untuk dijadikan
tempat pembiakan sarangnya.
"Kebiasaannya premis dua hingga enam tingkat menjadi pilihan
dengan kadar sewa mencecah antara RM10,000 hingga RM1 juta sebulan
kerana lokasi itu menjadi tumpuan banyak sarang burung Walit,"
katanya kepada Berita Harian di sini, kelmarin.
Beliau berkata, Perak antara kawasan perusahaan sarang burung Walit
paling berpotensi kerana beribu-ribu burung spesies berkenaan dari
Sumatera, Indonesia, berhijrah ke daerah Manjung dan Hilir Perak berikutan
pembakaran hutan secara besar-besaran di negara berkenaan.
Hukum
makan sarang burung
ARKIB
: 03/06/2011
Soalan
SAYA adalah antara yang suka makan sup sirip ikan yu. Apakah hukum
memakannya. Saya juga berminat untuk menjalankan ternakan burung walit.
Apakah hukum makan sarang burung dan juga menjana pendapatan daripada
aktiviti ini.
Jawapan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007
telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang
adalah harus.
Memandangkan hukum memakan sarang burung layang-layang harus maka
memeliharanya juga hukum harus.
Ayat-ayat al-Quran telah banyak menyentuh mengenai tuntutan memakan
makanan yang halal. Islam sama sekali tidak mengizinkan penganutnya
memakan sesuatu yang boleh membawa mudarat kepada fizikal mahupun
spiritual.
Ini kerana
ada makanan yang halal tetapi ia belum tentu baik untuk tubuh badan
kita, seperti gula, lemak yang berlebihan yang boleh mengundang pelbagai
jenis penyakit.
Islam mengajak umatnya mengekalkan kesihatan badan melalui pematuhan
kepada makanan yang berkhasiat dan diet yang betul.
Perkara
ini termasuklah persoalan memakan makanan yang belum pernah dimakan
sebelum ini.
Contoh memakan sarang burung layang-layang bukan suatu kebiasaan masyarakat
Malaysia, tetapi selepas mendapati ia (sarang burung layang-layang)
dimakan oleh segelintir kecil masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran
dengan gua, mula dikaji kelebihan dan khasiatnya sehinggalah hari
ini sarang burung layang-layang ini berjaya menembusi pasaran global.
Sarang
layang-layang ini menjadi tersohor apabila kajian dijalan ke atas
sarang burung layang-layang dan mendapati ia sangat bermanfaat kepada
tubuh badan manusia.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa
yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak
langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang
terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah 168)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang
yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadanya. (al-Baqarah: 172 )
Peraturan
Kawal Industri Burung Walit Ke Kabinet Minggu Depan
Khamis
Februari 18, 2010
KUALA LUMPUR: Selepas bertahun-tahun menunggu, Garis Panduan Industri
Burung Walit atau 1GP akan dibentangkan ke Kabinet minggu depan.
Jika ia diguna pakai, Malaysia akan maju selangkah dalam industri
itu berbanding negara pengeluar sarang burung walit lain seperti Indonesia
dan Thailand.
"Ini kerana 1GP akan menjadi
garis panduan industri burung walit yang pertama di dunia," kata
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abdul Aziz
Jamaluddin kepada Bernama di sini.
Dengan kata lain, industri yang bermula
dengan migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia ke
negara ini sejak 2000 yang kini bernilai RM1.5 bilion setahun itu
akan mempunyai "piawaian" tersendiri.
1GP akan menjadi garis panduan untuk
mengawal selia pembangunan industri itu secara holistik daripada aspek
perlesenan, persampelan, pengeluaran hingga ke pengeksportan sarang
burung walit ke pasaran luar khususnya China.
Abdul Aziz berkata, 1GP akan dibawa
ke Kabinet selepas ia mendapat sokongan penuh daripada Kementerian
Kesihatan selaku kementerian terakhir membuat ulasan mengenai garis
panduan itu.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, 1GP akan dibentang ke
Kabinet awal tahun ini selepas ia mendapat maklumat balas daripada
kementerian terbabit seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
dan Kementerian Kesihatan.
Sarang burung walit adalah antara
sektor bukan makanan berimpak tinggi diberikan perhatian oleh kementerian
terbabit selain ikan hiasan dan rumpai laut sebagai penyumbang kepada
ekonomi negara.
Namun masalah perlesenan premis burung
yang dibina di kawasan bandar terutamanya di lot-lot rumah kedai seperti
di Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak menimbulkan dilema dalam kalangan
pemilik dan pedagang sarang burung.
Terdapat juga segelintir pihak khususnya
penduduk kawasan sekitar yang khuatir risiko penyakit selain masalah
bau dan bunyi dari premis burung yang "diubah suai" itu.
Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang
Sarang Burung Walit Malaysia, Datuk Beh Heng Seong berkata, pelaksanaan
1GP itu akan menjadi penyelesai kepada masalah itu, bermakna setiap
pemilik premis wajib mengikuti syarat yang ditetapkan jika mereka
mahu meneruskan perniagaan.
"Ia akan menjadi standard untuk
semua PBT (pihak berkuasa tempatan)," kata Beh, merujuk kepada
Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit Jabatan Perkhidmatan
Veterinar yang digunakan sejak 2005.
GAHP yang mendapat standard MS2273(P)
dari Jabatan Standard Malaysia awal bulan ini, yang merupakan antara
komponen penting dalam 1GP, menetapkan kaedah tertentu untuk menangani
masalah bau, bunyi dan penyakit.
Misalnya bagi menangani masalah bunyi,
corong pembesar suara bertujuan memanggil spesies burung itu bersarang,
perlu ditetapkan pada kedudukan darjah tertentu serta tidak melebihi
40 desibel.
Bagi mengatasi masalah bau dan penyakit,
premis burung itu perlu dijaga dengan rapi dan dicuci secara berkala
selain mengekalkan tahap kelembapan mengikut suhu tertentu bagi menyediakan
persekitaran kondusif untuk spesies burung itu.
Kebanyakan negeri terbabit kini menunggu
garis panduan itu diguna pakai, termasuk Sarawak yang mempunyai peruntukan
undang-undang melarang burung itu diternak di kawasan bandar kecuali
habitat asalnya dan kawasan tanah pertanian.
Di Pulau Pinang dan Melaka, isu itu
melibatkan status "warisan" kawasan terbabit seperti diwartakan
UNESCO kerana beberapa premis terlibat berada di kawasan zon warisan.
Misalnya, di Melaka, 17 premis burung
walit terletak di kawasan zon warisan.
Sumber industri berkata, 1GP akan
menjadi jalan tengah bagi pihak berkuasa, orang ramai dan pemilik
rumah burung serta pedagang sarang burung, untuk menyelesaikan masalah
itu secara holistik tanpa membantutkan pembangunan industri yang berkembang
pesat itu.
1GP yang akan diguna pakai kelak
memerlukan setiap premis burung didaftar dengan Jabatan Perkhidmatan
Veterinar bagi tujuan kawal selia dan pemantauan manakala aspek perlesenan
pula tertakluk kepada PBT.
Dianggarkan terdapat 50,000 premis
burung walit di seluruh negara yang menghasilkan lebih 12 tan sarang
burung dalam sebulan dengan harga sarang belum diproses mencecah RM4,000
sekilogram. - BERNAMA
Pameran Antarabangsa
Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA)
2010/11/27
SERDANG: Orang ramai yang mengunjungi
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
(MAHA) di sini, semalam, berpeluang mendekati industri burung walit
yang juga industri baru bernilai tinggi dengan harga sarangnya bagi
setiap kilogram boleh mencecah ribuan ringgit.
Lebih menarik, pengunjung juga boleh melihat gambaran lebih jelas
mengenai industri sarang burung walit yang kali pertama menyertai
itu, termasuk menyaksikan rumah model ternakannya pada pameran yang
berlangsung sehingga 5 Disember ini. Penyelaras pameran ternakan di
pameran itu yang juga Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi
Ternakan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Kamarudin
Md Isa, berkata tarikan berkenaan penting kerana pengeluaran sarang
burung walit kini menjadi industri baru yang bernilai tinggi.
“Industri sarang burung walit berpotensi
besar, malah sarang mentahnya boleh mencecah nilai RM4,000 hingga
RM5,000 sekilogram dalam pasaran tempatan," katanya ketika ditemui
pada hari pertama pameran itu semalam.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata
kerajaan negeri membuka peluang kepada 120 usahawan negeri itu bagi
menggerakkan Laman Pavilion Pahang di pameran berkenaan.
Katanya, peluang berkenaan terbuka kepada usahawan yang bersedia berkecimpung
dan menggerakkan secara kekal laman berkenaan.
“Ia juga diberikan selaras mempromosikan industri kecil dan sederhana
tempatan (IKS) membabitkan pelbagai produk makanan seperti madu, kerepek,
nangka, halwa dan jem,” katanya selepas melancarkan Laman Pavilion
Pahang.
Kenyataan Media : Pembangunan
Industri Burung Walit Negara
Oleh;
Y.B. DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR
Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
12 Julai 2010 (Isnin)
ROAD MAP
PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT NEGARA
Pada 1 April 2009, Kerajaan telah
memutuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dilantik sebagai agensi
peneraju bagi merancang pembangunan industri burung walit di negara
ini. Berikutan dari arahan itu, JPV telah melaksanakan usaha-usaha
menyelaras undang-undang dan peraturan beserta garis panduan yang
menjadi wadah utama untuk memantapkan Industri Walit keseluruhannya.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi JPV telah mengambil
beberapa tindakan bagi pembangunan industri burung walit seperti:
menyediakan satu Garis Panduan (1GP)
Pembangunan Industri Burung Walit Negara yang menyeluruh untuk diguna
pakai oleh pelbagai agensi yang terlibat bertujuan untuk menyelaras
dan mengharmonikan pelbagai peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan
dan pemprosesan serta kegiatan import dan eksport sarang burung walit
agar ia lebih tersusun dan berdaya maju; dan menyediakan Kerangka
Pelan Induk Pembangunan Industri Burung Walit. Justeru itu, Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani telah merangka pelan induk pembangunan
industri sarang burung walit bagi menambah bilangan pengusaha yang
mampan dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat untuk melibatkan
diri dalam penternakan burung walit dan perusahaan sarang burung walit.
Perancangan pelaksanaan pelan induk ini merangkumi tempoh sehingga
tahun 2020 telah menggariskan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan
oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam menjayakan pembangunan industri
sarang burung walit di negara ini. Objektif serta strategi pelan induk
ini adalah bertujuan untuk mencapai Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
dalam meningkatkan pengeluaran sarang burung walit daripada 250 tan
metrik bernilai RM1 bilion pada tahun 2008 kepada 500 tan metrik dengan
anggaran nilai sebanyak RM5 bilion pada tahun 2020.
Bagi mencapai pengeluaran yang telah
dirancang, pelan induk pembangunan industri sarang burung walit ini
menggariskan 7 Bidang Keberhasilan Utama yang perlu dicapai iaitu:
- Undang-undang dan peraturan serta garis panduan
yang menyeluruh bagi pembangunan industri burung walit;
- Premis perladangan burung walit yang mapan dan
mesra alam;
- Pengeluaran produk sarang burung walit bebas penyakit
haiwan;
- Pembangunan peluang pemasaran dan pengiktirafan
standard sarang burung walit di persada dunia;
- Peningkatan kecekapan dalam penghasilan produk
melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D);
- Mengadakan dana bagi perladangan dan pemprosesan
sarang burung walit melibatkan penyertaan golongan miskin dan miskin
tegar; dan
- Pembangunan guna tenaga manusia yang mahir dan
cekap dalam membangunkan industri sarang burung walit.
Sehubungan itu, 1GP telah dibentangkan
di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai 2010 dan telah diluluskan.
Ia merangkumi Tatacara Good Animal Husbandry Practices (GAHP) MS 2237:2009
(P), Good Manufacturing Practice (GMP) dan Edible-Birdnest (EBN) –
Spesifikasi MS 2334:2010 (P), Import/Eksport, Penyelarasan Jabatan
Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pendaftaran, Perlesenan
serta rujukan norma-norma berkaitan.
Di samping itu, garis panduan ini
turut memperuntukkan kaedah pendaftaran premis burung walit di seluruh
negara. Untuk tujuan ini, JPV akan membangunkan sistem pendaftaran
premis penternakan burung walit melalui laman web burungwalit.com.my
secara berperingkat-peringkat. Pendaftaran premis burung walit boleh
dicapai oleh pelbagai pihak secara maya. Setiap premis akan diberikan
nombor Radio Frequency Identification (RFID) bagi memudahkan pengenalan
dan tindakan daya jejak. Kad pengenalan premis akan dikeluarkan oleh
JPV. Pendaftaran premis burung walit boleh dibuat sehingga akhir tahun
2010. Akta Binatang 1953 (Kaedah-Kaedah Binatang – Pendaftaran Premis
Burung Walit 2010) akan diwujudkan dan ketika ini sedang diteliti
oleh Jabatan Peguam Negara.
Sehingga kini 5 buah loji pengeluaran
produk sarang burung walit untuk eksport telah mendapat pensijilan
Veterinary Health Mark (VHM). Eksport sarang walit terus menunjukkan
peningkatan dan pasaran eksport ke negara China telah meningkat dari
4,965 kg tahun 2006 kepada 51,763 kg pada tahun 2007. Singapura, Hong
Kong, Indonesia dan Taiwan juga merupakan pengimport utama sarang
burung walit dari negara ini. Kebanyakan eksport sarang burung walit
adalah dalam bentuk mentah (raw unclean).
Kesedaran awam perlu dipupuk bagi
meningkat kefahaman yang jelas tentang industri walit dari aspek pengenalan
burung walit serta kesan industri pada orang awam. Justeru, perusahaan
walit memberi tambah nilai kepada eko-sistem, tanah terbiar dan hutan.
Ini juga membantu dalam meningkatkan pendapatan kemiskinan bandar
dan luarbandar dengan program yang telah dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar.
|