Teknologi RBW

Teknologi RBW

Secara asasnya RBW mestilah sesuai untuk dihuni oleh burung walit. Keadaan RBW mempunyai ciri-ciri asas seperti suhu diantara 26 – 30 oC, Kelembapan 80 – 90%, pengcahayaan 1 -3 lux.

Antara ciri penting RBW adalah suhu. Suhu didalam RBW hendaklah dikawal supaya tidak melebihi daripada 30 C. Rajah 1 menunjukkan suhu didalam RBW bedasarkan Air Change per Hour (ACH) ataupun kadar pertukaran udara didalam RBW dalam masa satu jam. Suhu didalam RBW boleh mencecah 40 C sekiranya tidak ada sistem ventilasi. Semakin tinggi ACH semakin kurang suhu didalam RBW. Ini boleh dibuat dgn membuat lubang-lubang didinding RBW. Antara sebab utama lubang dibuat ialah untuk mengurangkan kepanasan didalam RBW.

Rajah 1: Suhu Vs ACH.

Jadual 1: Suhu dan ACH

Sebelum membina RBW adalah penting untuk mengambil kira aspek kedudukan matahari bukan sahaja untuk menentukan ruang masuk bahkan untuk mengawal haba yang masuk kedalam RBW. Untuk rumah 1 tingkat 44% kepanasan haba datang daripada bumbung dan 26% daripada dinding sebelah barat atau arah matahari terbenam. Bumbung dan dinding sebelah barat menyumbang 70% haba panas didalam RBW sebagai mana yang tertera didalam rajah 2.

Rajah 2: Peratus haba panas.

Jadual 2: Jumlah haba yang masuk kedalam RBW.

Setiap rumah burung menggunakan sound sistem untuk memanggil burung walit. Kebanyakan RBW menggunakan suara luar dan dalam. Kadar kebisingan terhasil daripada sound sistem RBW hendaklah dikawal agar tidak menggaggu jiran. Jabatan Alam Sekitar telah menggariskan berapakah db yang sesuai agar pencemaran bunyi tidal terhasil.

Rajah dibawah menunjukkan profail bunyi daripada sound sistem RBW. Bunyi didalam RBW agak bising kerana ianya tertutup dan bunyinya tidak keluar. Kadar bunyi suara RBW hendaklah dikawal mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh JAS iaitu dibawah 50 db untuk kawasan kediaman pada waktu siang dan 40 db pada waktu malam.

Rajah 3: Noise Rating untuk RBW

Rajah 4: Perbandingan kadar haba yang memasuki RBW

Perbandingan diantara Insultek teknologi, Double layer brick dan Single layer brick.

Hasilnya, Insultek teknologi dapat mengurangkan haba yang masuk ke RBW dengan kadar yang banyak dengan kos yg kompetitif. Ini bermakna RBW lebih sejuk dan sangat sesuai uktuk habitat Burung Walit.